pengenalan
Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihat mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja, terutamanya ketika menggunakan alatan dan mesin.
Sehubungan dengan itu peraturan tentang keselamatan perlu dimaklumkan kepada pengguna untuk dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan di empat kerja.
Kemalangan yang biasa berlaku ditempat kerja, umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis :
I. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat keselamatan seperti gogal dan pelindung muka.
II. Peralatan dan mesin yang digunakan tidak selamat seperti mesin pemampat udara yang tidak mempunyai pelindung, atau menggunakan tukul yang mempunyai hulu yang telah longgar.
III. Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat seperti bekerja dikawasan yang gelap, sempit dan lantai yang berminyak.
keselamatan elektrik
contoh-contoh keadaan yang terdedah kepada bahaya elektrik:-
- Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
- Mengganggu pergerakan jangka.
- Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.
- Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB.
- Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala.
- Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.
- Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.
- Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.
- Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).
- Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti.
KESELAMATAN ELEKTRIKAL
Elektrik
yang digunakan dengan tertib adalah bentuk tenaga yang selamat dan efisien
tetapi jika digunakan sebaliknya boleh menjadi punca bahaya. Antara bahaya
utama adalah renjatan, melecur, kebakaran dan letupan, dan dalam sesetengah
keadaan arka mata. Walau bagaimanapun jika renjatan elektrik yang diterima oleh
seseorang tidak secara sendirinya membahayakan, ia boleh mempunyai kesan yang
dahsyat, seperti ketika bekerja pada ketinggian tertentu atau di atas tangga,
satu renjatan yang lemah mungkin mengakibatkan kejatuhan; meskipun renjatan itu
tidak menyebabkan kecederaan, kejatuhan itu mungkin boleh.
Perlu
diingati bahawa tenaga elektrik digunakan berterusan di dalam semua tempat
kerja bukan sahaja kilang-kilang tetapi pejabat, bank, sekolah, dsb dan
penggunaannya di tempat-tempat tersebut semakin meningkat sepanjang masa
apabila teknologi baru dan ‘pejabat elektronik’ menjadi satu kebiasaan. Jadi
walaupun bahan di dalam bab ini akan membincangkan terutamanya mengenai
kilang-kilang dan tapak binaan, pelajaran dan langkah-langkah yang perlu
diambil, adalah relevan kepada mereka yang bekerja didalam pejabat dsb.
Mengelakkan Renjatan
Elektrik
Kelengkapan
elektrikal yang direkabentuk dengan wajar dan berkeadaan baik adalah selamat.
Apabila ia rosak atau diselenggarakan dengan buruk ia boleh membunuh walaupun
pada 240 volt. Antara yang mudah terdedah adalah lampu tangan, dan peralatan
mudah alih. Penghubung kabel yang berbulu atau rosak perlu dihantar untuk
dibaiki dengan segera. Penggunaan kelengkapan voltej dikurangkan seperti sistem
volt 110 dengan soket tengah dibumikan
akan mengurangkan bahaya renjatan elektrik yang serius.
Jika
kelengkapan voltej terkurang tidak digunakan, seperti di dalam pejabat, salah
satu daripada perlindungan terbaik adalah penggunaan satu bentuk’earth leakage
circuit breaker’. Tidak seperti fius, yang direkabentuk untuk melindungi
kelengkapan, bukan manusia, apabila berlaku litar pintas pemutus sedemikian
akan menghentikan arus dengan pantas agar tiada bahaya akibat kecederaan.
Jika
kedua-dua voltej terkurang atau ‘earth leakage breaker’ tidak digunakan,
apabila mungkin, pemutus litar otomatik mini perlu digunakan. Penggunaan
pemegang fuis yang boleh diwayar semula perlu dielakkan seboleh mungkin kerana
bahaya penggantian wayar yang tidak bersesuaian dengan saiz wayar fius.
Kemungkinan
untuk renjatan elektrik boleh dikurangkan oleh seorang kompeten yang
menjalankan pemeriksaan berikut:-
·
sekurang-kurangnya satu ujian mingguan
berkenaan keterusan konduktor bumi di antara peralatan mudahalih bersalut logam
dan palam - ini akan memastikan bahawa konduktor di dalam wayar bumi kekal
cukup untuk membawa cukup arus pintas untuk meletupkan fius; tambahan lagi
ketahanan penebat kedua-dua alat dan plumbum fleksibel harus diperiksa;
·
sekurang-kurangnya satu pemeriksaan
mingguan kotak fius;
·
sekurang-kurangnya satu ujian setiap
tahun terhadap litar otomatik mini;
·
satu pemeriksaan mingguan terhadap
sarung tangan getah, alas berpenebat, kepingan dsb untuk kegunaan elektrikal;
·
ujian setiap 6 bulan terhadap sarung
tangan getah elektrikal;
·
penggantian peralatan salut logam
dengan peralatan atau kelengkapan yang berpenebat penuh bersesuaian di mana
boleh dipraktikkan;
·
pemeriksaan rutin terhadap pemasangan
elektrikal;
·
pengujian dan pemeriksaan tetap semua
kelengkapan pejabat; dan
·
pemeriksaan kerap terhadap semua soket
dinding.
Satu
kaedah mudah untuk memastikan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin kelengkapan
elektrikal dilakukan adalah dengan melabel dan menandakan tarikh pada semua
kelengkapan sewaktu ia diperiksa. Jika tarikh pada label menunjukkan kelengkapan
tersebut tidak diperiksa dalam jangkawaktu yang ditentukan, kelengkapan itu
tidak akan digunakan sehingga ia telah diperiksa.
Selain
daripada memeriksa dan menguji kelengkapan yang perlu digunakan, perlu juga
difikirkan kedudukan soket dan jumlah serta jenis kelengkapan yang dipasangkan
padanya. Seringkali, khususnya di pejabat, soket-soket sama ada di dalam
kedudukan yang tidak sesuai, menyebabkan wayar meleret di dalam bilik, atau
terlalu banyak perkakas menggunakan terlalu sedikit soket. Dalam kes sedemikian
ada risiko untuk kebakaran di samping risiko untuk renjatan.
cara mengelakkan kemalangan elektrik
| |
| |
| |
| |
| |
|