Thursday, 6 October 2011

KESELAMATAN ELEKTRIK DAN MEKANIKAL


pengenalan


Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam  semua  hal.  Semua  pihat  mesti  beringat  dan  sentiasa  mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja, terutamanya ketika menggunakan alatan dan mesin.

Sehubungan  dengan  itu  peraturan  tentang  keselamatan  perlu  dimaklumkan kepada pengguna untuk dipatuhi bagi mengelakkan kemalangan di empat kerja.


Kemalangan  yang  biasa  berlaku  ditempat  kerja,  umumnya  boleh  dikelaskan kepada tiga jenis :

I. Kecuaian  manusia  seperti  tidak  berhati-hati  ketika  bekerja  dan  tidak menggunakan alat keselamatan seperti gogal dan pelindung muka.

II. Peralatan dan mesin yang digunakan tidak selamat seperti mesin pemampat udara  yang  tidak  mempunyai  pelindung,  atau  menggunakan  tukul  yang mempunyai hulu yang telah longgar.

III. Persekitaran  tempat  kerja  yang  kurang  selamat  seperti  bekerja  dikawasan yang gelap, sempit dan lantai yang berminyak.

keselamatan elektrik

 contoh-contoh keadaan yang terdedah kepada bahaya elektrik:-
  1. Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
  2. Mengganggu pergerakan jangka.
  3. Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.
  4. Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB.
  5. Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala.
  6. Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.
  7. Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.
  8. Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.
  9. Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).
  10. Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti.


KESELAMATAN ELEKTRIKAL



Elektrik yang digunakan dengan tertib adalah bentuk tenaga yang selamat dan efisien tetapi jika digunakan sebaliknya boleh menjadi punca bahaya. Antara bahaya utama adalah renjatan, melecur, kebakaran dan letupan, dan dalam sesetengah keadaan arka mata. Walau bagaimanapun jika renjatan elektrik yang diterima oleh seseorang tidak secara sendirinya membahayakan, ia boleh mempunyai kesan yang dahsyat, seperti ketika bekerja pada ketinggian tertentu atau di atas tangga, satu renjatan yang lemah mungkin mengakibatkan kejatuhan; meskipun renjatan itu tidak menyebabkan kecederaan, kejatuhan itu mungkin boleh.

Perlu diingati bahawa tenaga elektrik digunakan berterusan di dalam semua tempat kerja bukan sahaja kilang-kilang tetapi pejabat, bank, sekolah, dsb dan penggunaannya di tempat-tempat tersebut semakin meningkat sepanjang masa apabila teknologi baru dan ‘pejabat elektronik’ menjadi satu kebiasaan. Jadi walaupun bahan di dalam bab ini akan membincangkan terutamanya mengenai kilang-kilang dan tapak binaan, pelajaran dan langkah-langkah yang perlu diambil, adalah relevan kepada mereka yang bekerja didalam pejabat dsb.

 Mengelakkan Renjatan Elektrik

Kelengkapan elektrikal yang direkabentuk dengan wajar dan berkeadaan baik adalah selamat. Apabila ia rosak atau diselenggarakan dengan buruk ia boleh membunuh walaupun pada 240 volt. Antara yang mudah terdedah adalah lampu tangan, dan peralatan mudah alih. Penghubung kabel yang berbulu atau rosak perlu dihantar untuk dibaiki dengan segera. Penggunaan kelengkapan voltej dikurangkan seperti sistem volt 110 dengan soket tengah dibumikan  akan mengurangkan bahaya renjatan elektrik yang serius.

Jika kelengkapan voltej terkurang tidak digunakan, seperti di dalam pejabat, salah satu daripada perlindungan terbaik adalah penggunaan satu bentuk’earth leakage circuit breaker’. Tidak seperti fius, yang direkabentuk untuk melindungi kelengkapan, bukan manusia, apabila berlaku litar pintas pemutus sedemikian akan menghentikan arus dengan pantas agar tiada bahaya akibat kecederaan.

Jika kedua-dua voltej terkurang atau ‘earth leakage breaker’ tidak digunakan, apabila mungkin, pemutus litar otomatik mini perlu digunakan. Penggunaan pemegang fuis yang boleh diwayar semula perlu dielakkan seboleh mungkin kerana bahaya penggantian wayar yang tidak bersesuaian dengan saiz wayar fius.

Kemungkinan untuk renjatan elektrik boleh dikurangkan oleh seorang kompeten yang menjalankan pemeriksaan berikut:-

·                     sekurang-kurangnya satu ujian mingguan berkenaan keterusan konduktor bumi di antara peralatan mudahalih bersalut logam dan palam - ini akan memastikan bahawa konduktor di dalam wayar bumi kekal cukup untuk membawa cukup arus pintas untuk meletupkan fius; tambahan lagi ketahanan penebat kedua-dua alat dan plumbum fleksibel harus diperiksa;

·                     sekurang-kurangnya satu pemeriksaan mingguan kotak fius;

·                     sekurang-kurangnya satu ujian setiap tahun terhadap litar otomatik mini;

·                     satu pemeriksaan mingguan terhadap sarung tangan getah, alas berpenebat, kepingan dsb untuk kegunaan elektrikal;

·                     ujian setiap 6 bulan terhadap sarung tangan getah elektrikal;

·                     penggantian peralatan salut logam dengan peralatan atau kelengkapan yang berpenebat penuh bersesuaian di mana boleh dipraktikkan;

·                     pemeriksaan rutin terhadap pemasangan elektrikal;

·                     pengujian dan pemeriksaan tetap semua kelengkapan pejabat; dan

·                     pemeriksaan kerap terhadap semua soket dinding.


Satu kaedah mudah untuk memastikan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin kelengkapan elektrikal dilakukan adalah dengan melabel dan menandakan tarikh pada semua kelengkapan sewaktu ia diperiksa. Jika tarikh pada label menunjukkan kelengkapan tersebut tidak diperiksa dalam jangkawaktu yang ditentukan, kelengkapan itu tidak akan digunakan sehingga ia telah diperiksa.

Selain daripada memeriksa dan menguji kelengkapan yang perlu digunakan, perlu juga difikirkan kedudukan soket dan jumlah serta jenis kelengkapan yang dipasangkan padanya. Seringkali, khususnya di pejabat, soket-soket sama ada di dalam kedudukan yang tidak sesuai, menyebabkan wayar meleret di dalam bilik, atau terlalu banyak perkakas menggunakan terlalu sedikit soket. Dalam kes sedemikian ada risiko untuk kebakaran di samping risiko untuk renjatan.


cara mengelakkan kemalangan elektrik




  • Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak
     
  • Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca
     
  • Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat
     
  • Jangan cuba menmengantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam
     
  • Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama
     
  • Hendaklah utamakan KESELAMATAN DIRI, KESELAMATAN MAKMAL/BENGKEL dan KESELAMATAN PERALATAN.Pamirkan slogan UTAMAKAN KESELAMATAN agar selalu dapat mengingatkan guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang berada dan melakukan aktiviti di makmal/bengkel.

    UTAMAKAN
    KESELAMATAN




    keselamatan mekanikal


    KESELAMATAN MEKANIKAL - Pengurusan mekanikal melibatkan semua aktiviti yang melibatkan pengunaan mesin dan jentera yang tertakluk dalam akta kilang dan jentera dan akta/peraturan yang berkaitan dengan mesin dan jentera.



    KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN PERALATAN MESIN       
    1.  Pastikan mana-mana bahagian mesin yang barbahaya dipasang  alat pelindung.
      Mesin haruslah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci.
      Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelakkan sebarang bahaya elektrik
      Keadaan fius mestilah betul bagi mencegah beban lampau yang mestilah mengakibatkan kebakaran
    2. Elakkan memegang dan menyentuh alat-alat yang tajam.
      Buangkan tepi yang tajam pada benda kerja.
      Laporkan kepada guru jika ada diantara alat-alat keselamatan yang dikeluarkan daripada rak tempat menyimpan
      Matikan suis kuasa sepenuhnya bagi peralatan dan mesin apabila tidak digunakan atau apabila mesin dibersihkan.

    Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal

    • Elakkkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda tajam semasa ia sedang beroperasi.
    • Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci.
    • Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna.
    • Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan.
    • Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin.
    • Keadaan fius mestilah betul untuk mengelakkan beban lampau (overload) yang boleh mengakibatkan kebakaran.
    • Pastikan bahagian-bahagian mesin yang merbahaya dipasang dengan peralatan perlindungan seperti pengadang.



 

No comments:

Post a Comment